Biskut Afghan | Resepi Biskut Raya
Ni Afgan.. bukan biskut afghan. Kat blog ni saya nak share resepi biskut raya je. Bukan penyanyi. Atas tu video selingan je. Hihi.. Cuma nak layan lagu afgan ni sambil buat biskut afghan memang NGAM la. hehe.
Ni gambar biskut afghan
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Mentega atau marjerin - 180 gram
Gula halus - 1/3 cawan
Tepung gandum - 1/2 cawan
Serbuk koko - 1 sudu teh
Cornflakes hancur - 1 sudu besar
Kelapa kering goreng - 1/3 cawan
Bahan-bahan untuk topping biskut
Gula aising - 3/4 cawan
Mentega - 1 sudu teh
Sebuk koko - 1 sudu besar
Air suam - 1 sudu besar
cornflakes - 1 mangkuk kecil
Cara nak buat biskut afghan
- Buka mp3 lagu afgan (tajuk apa pun tak kisah)
- Masukkan mentega dan gula dalam bekas, pukul sampai kembang
- Masukkan tepung gandum dan serbuk koko, gaulkan sampai sebati
- Masukkan pula cornflakes dan kelapa goreng dalam adunan tadi dan gaul sekata
- Letak doh atas meja dan uli sampai cantik (tidak melekit di tangan bila diuli)
- Canai doh tu setebal 1 cm dan tekap doh tu dengan acuan apa-apa
- Sapukan lapisan nipis mentega atas dulang, dan letak biskut tu di atas dulang untuk dibakar
- Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 13 minit ke atas
- Keluarkan dan biarkan dia sejuk di atas meja (jangan masuk peti ais ye, hihihi)
Sementara nak tunggu sejuk tu, jom buat topping. Masukkan gula aising, mentega, dan serbuk koko dalam mangkuk dan gaul sampai sebati.
Lepas biskut tu sejuk, ambil sudu dan sapu je topping kita buat tadi atas biskut tu.
Ambil cornflakes dalam mangkuk tu, hias la sikit-sikit kat topping tu. Hias ikut kreativiti masing-masing lah. Buat gaya bebas :D
Siap step ni, masukkan dalam peti ais. SIAP.
Okay, pergi buat sekarang! Nanti lupa pulak :D