Wednesday, March 16

Biskut Semperit | Resepi Biskut Raya

Biskut Semperit | Resepi Biskut Raya


Salam/hi, 

Biskut Semperit ni terkenal bila sampai musim raya. Rasanya dalam 10 rumah kita pergi beraya, 12 rumah mesti ada biskut ni :p ermm betul ke? Hehe.

Kuih ni sangat popular sampaikan bersepah-sepah orang jual di bazar walaupun bukan musim raya. Bila musim raya jangan cakap lah, lagi la banyak orang jual. 

Tapi banyak yang tak sedap kan bila beli kat tepi-tepi jalan. Kadang-kadang dapat yang keras, kadang-kadang dapat yang masuk angin. Mentang-mentang la jual murah RM10 dapat 3 bekas. HUHHHH... 

Jadi, nak sedap kena buat sendiri lah. Boleh buat ikut selera kita. Tapi ramai yang tak tahu resepi biskut raya ni kan? Okay hari ni saya share okay?

Mula-mula sediakan bahan macam dibawah ni:-
  1. Mentega atau butter - 1 cawan
  2. Gula halus yang dikisar -1 cawan
  3. Telur (Bahagian kuning sahaja) - 2 biji
  4. Tepung jagung atau castard - 2 cawan
  5. tepung gandum - 1 cawan
  6. tepung ubi - 1 cawan
  7. pewarna kuning - 2 sudu teh
  8. buah ceri - hiris kecil - kecil dalam bentuk dadu

Dah siap semua bahan-bahan tu? Okay jom mula masak. Mula-mula
  1. Putar gula dengan mentega sampai sebati
  2. Kemudian campurkan telur kuning 2 biji tu dengan pewarna 2 sudu
  3. Campurkan tepung jagung/castard dengan tepung gandum dan tepung ubi (1 jenis tepung 1 cawan)
  4. Ayak tepung tu sambil capur sikit demi sedikit sebatian gula, mentega, telur kuning, dan pewarna yang dah buat tadi tu
  5. Kalau campuran tepung (doh) tu masih lembik semacam, tambah lagi tepung jagung sikit demi sedikit
  6. Sapu dulang dengan butter (lapisan nipis je)
  7. Masukkan doh dalam acuan semperit tu dan picit je buat bentuk yang macam dalam gambar diatas tu
  8. Letak ceri atas semperit tu
  9. simpan doh tu dalam peti ais dalam 30 minit
  10. Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 150 darjah selsius
  11. Baru masukkan doh semperit tadi dalam oven dan bakar selama 30 minit sampai masak
Senang je kan? ape lagi cuba ye. Rugi tak buat