Saturday, March 19

Biskut Ayam | Resepi Biskut Raya

Biskut Ayam | Resepi Biskut Raya

ini biskut ayam



Ini Seekor Ayam
HAH?? Biskut ayam? Biar betul ni? Guna ayam nak buat biskut? Hari raya orang makan ayam rendanglah! Mengarut betul saya ni?
Ye ke mengarut? Haha mana ada. Meh sini saya tunjuk resepi biskut raya yang RARE ni. Tak cuba tak tahu, dah cuba takut tak cukup pulak nanti :D

Sebenarnya bahan-bahan dia pun tak lah banyak sangat, cuma perlu sediakan

Tepung gandum - 100 gram
Pati ayam - 1 kiub dah cukup
Mentega - 60 gram
Keropok potato chips - 100 gram
Telur - (biji bahagian kuning sahaja 1) 
Susu segar - 2 sudu besar + 1 sudu besar (untuk sapuan)
Bijan atau kacang hancur - 2 sudu besar

Nak buat dia kan, macam ni

Tepung gandum tu diayak semuanya
Masukkan tepung dah diayak tadi ke dalam mangkuk beserta pati ayam dan mentega
Gaul sampai sebati
Potato chips tu dihancurkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk
Masukkan juga tepung tadi, kuning telur, dan susu ke dalam mangkuk berisi potato chips 
Uli sampai jadi doh dan tak melekit di tangan 
Doh tu masukkan dalam tupperware bertutup ataupun plastik da simpan dahulu dalam peti ais selama 30 minit
Lepas 30 minit canai doh tu dan potong bentuk segi empat (2cm x 2 cm)
Sapu dulang oven dengan mentega
Susun semua adunan yang dipotong tu atas dulang oven dan sapu serta ratakan 1 sudu besar susu segar di atasnya
taburlah bijan atau kacang hancur secara sekata diatasnya
Bakar dalam oven pada suhu 191 darjah selsius dalam 10 minit ke atas (hingga warna perang cantik)

Siap! 

AMARAN... Biskut ni tak sesuai dijadikan pengganti rendang untuk dimakan bersama ketupat