Tuesday, March 22

Biskut Kejora | Resepi Biskut Raya

Biskut Kejora | Resepi Biskut Raya 




Resepi biskut raya ni biskut kejora. Nama canggih ni. hihi.
So, bahan dia pun agak canggih la ye.

Sediakan bahan-bahan dibawah ni:

Mentega - 100 gram
Tepung gandum - 100 gram
Gula aising - 50 gram
Tepung kastard - 50 gram
Bijirin oat - 30 gram
Nestum original - 30 gram
serbuk kopi coffemate - 30 gram
telur (bahagian kuning sahaja) - 2 biji
esen vanilla - 1/4 sudu teh

Untuk bahan hiasan:

Honeystar (bijirin sarapan pagi) - 1 kotak
Kuning telur - 2 biji

Langkah-langkah nak buat ialah

  1. Masukkan mentega dan gula aising dalam mangkuk, pukul sampai sebati
  2. Masukkan pula kuning telur 2 biji dan gaul lg sampai rata
  3. Doh yang terhasil dicanai setebal 0.5cm
  4. Tekap dengan acuan bentuk bintang, kalau bentuk bulan, nt jadi biskut bulan kejora pula
  5. Doh yang dah ditekap tu diletak dalam dulang pembakar dan sapu kuning telur atasnya
  6. Hias pula dengan honeystar kat atas tu (terpulang atas kreativiti masing-masing)
  7. Sekarang bakar dalam oven pada suhu 176 darjah selsius selama 20 minit
  8. Sebelum bakar jangan lupa panaskan oven okay?


Siap! Taraaaaa...

Boleh bagi kat anak-anak atau anak tekak sendiri. Mesti diorang hepi. Sebab manis, rangup, dan ade honeystar!

Monday, March 21

Biskut Belinjau | Resepi Biskut Raya

Biskut Belinjau | Resepi Biskut Raya



Mana datang ntah nama belinjau ni, huhu. Tapi rasa dia sedap ni. 
Tak caye cuba buat ye. huhu

Ape? Tak reti? Yelah-yelah saya nak share lah ni. hhehe

Start moto, pergi kedai beli bahan dulu okay.

Make sure ada

keropok belinjau - 175 gram
mentega - 100 gram
gula pasir - 60 gram
madu - 2 sudu teh

cara nak buat, 

Goreng keropok belinjau tu dan hancurkan kasar-kasar
Panaskan kuali
Masukkan mentega, gula dan madu di dalam kuali, kacau sampai sebati
Lepas tu ambil keropok belinjau yang dan digoreng dan dihancur kasar tadi dan masukkan dalam kuali tadi
Kacau sampai sebati
Lepastu masukkan sebatian tu dalam paper cup ataupun acuan loyang 
Bakar dalam oven selama 10 minit
Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk
Siap dah, boleh makan :)

Biskut batang buruk Versi Popia Mini | Resepi Biskut Raya

Biskut batang buruk Versi Popia Mini | Resepi Biskut Raya

Biskut batang buruk Versi Popia Mini | Resepi Biskut Raya


Assalamualaikum/hi, 

Semalam saya ada post resepi biskut batang buruk kan?
Tapi kalau nak cepat, kita boleh ganti tepung untuk buat batang buruk tu dengan kulit popia.
So, jimatlah masa sikit kan? hehehe.

Okay sekarang ni sediakan dulu bahan-bahan okay?

Sediakan

Kulit popia saiz besar - 1 peket
Kacang hijau - 600 gram
gula halus (kisar sampai halus) - 400 gram
minyak masak

Alahai 4 je bahan, simple sangat-sangat. Tak kan tak boleh buat lagi kan? :D

Okay nak buat dia macam ni step-nya...

Kulit popia tu potong kecik-kecik saiz 2cm x 3cm
Gulung-gulung kulit popia yang dah dipotong tu biat ada kosong kat tengah
Goreng kulit popia tu sampai masak garing
Lepas tu goreng pula kacang hijau tanpa minyak. Api control biar kecik je okay?
Goreng sampai warna perang-perang 
Campurkan kacang hijau yang dah digoreng tu dengan gula dan kisar sampai halus
Masukkan serbuk kacang hijau dan gula tu dalah celah-celah lubang kuih batang buruk tu
Siap

Terbaik kan? Mudah dan cepat..  AUMMMMM

Biskut Batang Buruk | Resepi Biskut Raya

Biskut Batang Buruk | Resepi Biskut Raya



Siapa yang lahir sebelum 90-an mesti sangat kenal dengan biskut tradisional ni.
Nama biskut tu ialah biskut batang buruk. Nama je lekeh, tapi rasa dia perghh awesome!
Biskut ni nak masak tak perlu guna oven pon. Goreng dalam kuali je.

Resepi nak buat  biskut tradisional ni pon tak susah mana, 

Kena ada

Tepung gandum -  600 gram
Tepung beras - 300 gram
Santan kelapa - 1 biji saiz sederhana
Kacang hijau - 600 gram
Gula halus kisar sampai halus - 400 gram
Telur - 3 biji
Minyak masak

Cara penyediaannya ialah

Panaskan santan sampai mendidih, lepas tu sejukkan santan tu atas meja 
Bersihkan kacang hijau dari benda asing dan kisar sampai halus
Campurkan gula yang dikisar tadi dalam kacang hijau yang dikisar tu, dan gaul sampai sebati
Lepas tu masukkan santan tadi dalam campuran tu dan gaul
Masukkan pula telur dan gaul/uli lagi sampai sebati
Kemudian canaikan sampai nipis doh tadi, dan potong dengan saiz 2cm x 3 cm
Gulung tepung tu dan biarkan bahagian dalam itu kosong
Goreng gulungan tepung tadi sampai garing
Dah garing, isikan bahagian kosong kat tengah tu dengan campuran gula dan kacang hijau yang dah di kisar

Siap! Haiiihhhh... Kacan betoi! Jangan tak buat na.. penat awak dah baca sampai habis post ni.

Biskut Badam | Resepi Biskut Raya

Biskut Badam | Resepi Biskut Raya



Salam dan hi semua, semalam tak update. Bizi sikit. So, hari ni saya ganti balik. Saya post 4 resepi biskut raya untuk semua pembaca okay? hehe

Hari ni kita buat biskut orang kaya. Biskut Badam. Kenapa saya cakap ni biskut orang kaya? 
Yelah cuba tengok harga, mahal betul kacang ni. Haiihh.. Tapi bila buat biskut memang sedap la.
Hehehehe

Mula-mula start motor atau kereta, bawak duit pergi kedai dan cari bahan-bahan.

Nak buat biskut badam ni, bahan yang perlu ada ialah:-

Kuning telur - 1 biji
Mentega - 180 gram
Tepung gandum - 180 gram
Tepung jagung - 150 gram
Gula aising - 115 gram
Badam kisar besar - 4 sudu besar punya!

Sebagai bahan hiasan pula, sediakan:-

Kuning telur - 2 atau 3 biji
Badam yang dihiris - kuantiti sesedap rasa anda

Cara nak buat biskut raya ni ialah:-

Masukkan mentega atau gula dalam mangkuk, pukul sampai mati kembang
Dah kembang, masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung, badam kisar tadi dan gaul sampai jadi doh
Canaikan doh tadi kira-kira setebal 1 cm, dan tekap dengan acuan apa-apa bentuk
Sapukan kuning telur yang disediakan untuk hiasan tadi di atas tepung yang telah diterap tadi
Lepas tu hiaskan hirisan badam di atasnya
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit atau lebih

Eh? Tu je ke? Simple sangat ni?

Okay la, simple la best kan? hihi. Sedap dan cepat.

Vrooomm vrooommmm vrommmmmmmmm....

Saturday, March 19

Biskut Ayam | Resepi Biskut Raya

Biskut Ayam | Resepi Biskut Raya

ini biskut ayam



Ini Seekor Ayam
HAH?? Biskut ayam? Biar betul ni? Guna ayam nak buat biskut? Hari raya orang makan ayam rendanglah! Mengarut betul saya ni?
Ye ke mengarut? Haha mana ada. Meh sini saya tunjuk resepi biskut raya yang RARE ni. Tak cuba tak tahu, dah cuba takut tak cukup pulak nanti :D

Sebenarnya bahan-bahan dia pun tak lah banyak sangat, cuma perlu sediakan

Tepung gandum - 100 gram
Pati ayam - 1 kiub dah cukup
Mentega - 60 gram
Keropok potato chips - 100 gram
Telur - (biji bahagian kuning sahaja 1) 
Susu segar - 2 sudu besar + 1 sudu besar (untuk sapuan)
Bijan atau kacang hancur - 2 sudu besar

Nak buat dia kan, macam ni

Tepung gandum tu diayak semuanya
Masukkan tepung dah diayak tadi ke dalam mangkuk beserta pati ayam dan mentega
Gaul sampai sebati
Potato chips tu dihancurkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk
Masukkan juga tepung tadi, kuning telur, dan susu ke dalam mangkuk berisi potato chips 
Uli sampai jadi doh dan tak melekit di tangan 
Doh tu masukkan dalam tupperware bertutup ataupun plastik da simpan dahulu dalam peti ais selama 30 minit
Lepas 30 minit canai doh tu dan potong bentuk segi empat (2cm x 2 cm)
Sapu dulang oven dengan mentega
Susun semua adunan yang dipotong tu atas dulang oven dan sapu serta ratakan 1 sudu besar susu segar di atasnya
taburlah bijan atau kacang hancur secara sekata diatasnya
Bakar dalam oven pada suhu 191 darjah selsius dalam 10 minit ke atas (hingga warna perang cantik)

Siap! 

AMARAN... Biskut ni tak sesuai dijadikan pengganti rendang untuk dimakan bersama ketupat

Biskut Arab | Resepi Biskut Raya

Biskut Arab | Resepi Biskut Raya



Biskut arab ni cantik sebab warna warni dan rasa dia tak sama macam roti arab taw. haha.
Kelebihan resepi biskut raya ni ialah bahan dia sikit je, dan nak buat simple sangat. Selain daripada 
juadah hari raya, hari-hari lain pun sesuai jugak biskut ni. 
Contohnya hari jadi, hari ibu, hari bapa, hari merdeka, hari-hari pon boleh. :D

Untuk bahan-bahan, sila ke dapur dan selongkar rak dan almari ada tak bahan-bahan seperti dibawah:-
Kalau tak de pergi beli. hihi

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. gula halus - 126 gram
  2. minyak sapi - 126 gram
  3. tepung gandum - 250 gram
  4. cecair perwarna hijau
  5. cecair pewarna kuning
  6. cecair pewarna merah


Cara nak buat macam ni ye

  1. Masukkan minyak sapi dan tepung gandum ke dalam mangkuk dan gaulkan sampai sebati
  2. Bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian dengan kuantiti yang sama banyak
  3. Setiap satu bahagian, masukkan 1 pewarna (agak-agak je kuantiti pewarna tu sesedap mata memandang)
  4. Bentukkan setiap bahagian doh tu dalam bentuk bebola kecil
  5. Kemudian ambil 1 bebola kecil warna merah, warna kuning, dan warna hijau gabungkan jadi 1 bebola 3 WARNA
  6. BEBOLA 3 warna tu masukkan dalam paper cup
  7. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selsius selama 25 - 30 minit


Siap.. Alahai senangnya... 

Friday, March 18

Biskut Afghan | Resepi Biskut Raya

Biskut Afghan | Resepi Biskut Raya

Ni Afgan.. bukan biskut afghan. Kat blog ni saya nak share resepi biskut raya je. Bukan penyanyi. Atas tu video selingan je. Hihi.. Cuma nak layan lagu afgan ni sambil buat biskut afghan memang NGAM la. hehe.

Ni gambar biskut afghan
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Mentega atau marjerin - 180 gram
Gula halus - 1/3 cawan
Tepung gandum - 1/2 cawan
Serbuk koko - 1 sudu teh
Cornflakes hancur - 1 sudu besar
Kelapa kering goreng - 1/3 cawan

Bahan-bahan untuk topping biskut

Gula aising - 3/4 cawan
Mentega - 1 sudu teh
Sebuk koko - 1 sudu besar
Air suam - 1 sudu besar
cornflakes - 1 mangkuk kecil

Cara nak buat biskut afghan
  1. Buka mp3 lagu afgan (tajuk apa pun tak kisah)
  2. Masukkan mentega dan gula dalam bekas, pukul sampai kembang
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko, gaulkan sampai sebati
  4. Masukkan pula cornflakes dan kelapa goreng dalam adunan tadi dan gaul sekata
  5. Letak doh atas meja dan uli sampai cantik (tidak melekit di tangan bila diuli)
  6. Canai doh tu setebal 1 cm dan tekap doh tu dengan acuan apa-apa
  7. Sapukan lapisan nipis mentega atas dulang, dan letak biskut tu di atas dulang untuk dibakar
  8. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 13 minit ke atas
  9. Keluarkan dan biarkan dia sejuk di atas meja (jangan masuk peti ais ye, hihihi)

Sementara nak tunggu sejuk tu, jom buat topping. Masukkan gula aising, mentega, dan serbuk koko dalam mangkuk dan gaul sampai sebati.
 
Lepas biskut tu sejuk, ambil sudu dan sapu je topping kita buat tadi atas biskut tu.
Ambil cornflakes dalam mangkuk tu, hias la sikit-sikit kat topping tu. Hias ikut kreativiti masing-masing lah. Buat gaya bebas :D

Siap step ni, masukkan dalam peti ais. SIAP.

Okay, pergi buat sekarang! Nanti lupa pulak :D











Biskut Coklat Nestum | Resepi Biskut Raya

Biskut Coklat Nestum | Resepi Biskut Raya



Ini resepi biskut raya nestum bercoklat. Nestum, sapa cakap baby je makan nestum? Orang dewasa pon boleh. Cuma kena kreatif sikit la. Tak best la makan nestum tu lembik-lembik macam bubur kan? Haha... :p

Mula-mula pergi dapur check sama ada bahan-bahan di bawah ni ada:-

  1. nestum - 160 gram
  2. Tepung gandum - 200 gram
  3. Tepung kastard - 70 gram
  4. Gula halus - 76 gram
  5. Buttercup - 180 gram
  6. Telur ayam - 1 biji
  7. Serbuk penaik - 1/2 sudu teh
  8. Coklat masakan - 250 gram


Simple je bahan dia kan? Okay cara nak buat dia macam ni,


  1. Campurkan tepung gandum, tepung kastard, dan serbuk penaik tadi
  2. Ayak campuran tepung tu dan gaulkan dengan nestum
  3. Dalam bekas lain, masukkan butter dan gula, kemudian putar sampai jadi gebu 
  4. Masukkan 1 biji telur dalam adunan butter dan gula tersebut dan gaul/pukul sampai mati sekata
  5. Satukan campuran tepung dan nestum dalam adunan butter, telur dan gula tadi dan uli sampai jadi doh (cara dapatkan doh yang baik ialah dengan menguli hingga doh itu tidak melekat di tangan bila diuli)
  6. Canaikan doh tersebut kira-kira setebal 1cm dan tekap dengan acuan (terpulang bentuk apa)
  7. Bakar doh yang dah ditekap dengan acuan tu sampai masak (10 minit ke atas) pada suhu 160 darjah selsius
  8. Biskut yang siap dibakar dibiarkan sejuk di atas meja selama 30 minit


Sementara tunggu biskut sejuk,

Panaskan coklat masakan tadi hingga cair, boleh tambah gula kalau nak maniskan lagi coklat ni

Lepas 30 minit, hiaskan biskut yang dibakar dan dibiarkan sejuk tadi dengan coklat cair tadi. Terpulang nk hias macam mana. Kalau saya, saya guna sudu, siram je coklat atas biskut tu. Cepat dan mudah. hihi...

Sekali lagi biarkan biskut tu hingga coklat tu mengeras.

Lepas coklat tu keras, boleh simpan dalam tupperware dan sorok dalam laci. Nanti suami dengan anak-anak nampak, tak sempat raya tiba-tiba tinggal serdak je nanti. hahah

OK done!

Assalamualaikum

Thursday, March 17

Biskut Daisy | Resepi Biskut Raya

Biskut Daisy | Resepi Biskut Raya



Salam/hi, 

Biskut Daisy, sweet je nama dia kan? haha. Rasa dia pun sweet jugak. Comel bentuk dan warna dia. Nanti test resepi biskut raya ni okay? kalau rajin boleh buat jual-jual jugak. :)

Macam biasa, sediakan bahan-bahan dahulu. 

Bahan yang diperlukan untuk TOPPING ialah:

Mentega - 160 gram
Tepung gandum - 160 gram
Gula aising - 60 gram
Pes strawberi/pewarna pink - 2 sudu kecil

Bahan yang diperlukan untuk BISKUT ialah:

Mentega - 250 gram
Gula aising - 60 gram
Tepung gandum - 220 gram
Tepung jagung - 240 gram
Esen vanilla - 1 sudu kecil

Cara buat biskut:

Gula aising dicampur dengan mentega
Pukul sampai kembang
Masukkan tepung gandum dalam campuran tadi dan gaul sampai sebati (doh)
Canaikan doh tadi sampai leper kira-kira 1cm tebalnya (boleh buat tebal sikit ikut selera masing-masing)
Terap doh tu dengan acuan

Cara buat topping:

Campurkan mentega dan gula, gaul sampai sebati
Masukkan pewarna pink atau pes strawberi beserta tepung gandum dalam campuran tadi
Uli sampai sebati dan jadi doh yang lembut

Cara letak topping atas biskut:

Masukkan doh topping atas acuan nozel, picit doh tu atas doh biskut yang dah dicanai dan diterap dengan acuan tadi

Cara Bakar biskut:

Setkan suhu oven setinggi 160 darjah celsius. 
Bakar sampai kekuningan (kira-kira 10 minit ke atas)

Selamat mencuba dan berjaya :)

Biskut Sarang Semut | Resepi Biskut Raya

Biskut Sarang Semut | Resepi Biskut Raya


Salam/hi, 

Hari ni nak share 1 resepi biskut raya yang memang terkenal di alam semesta di musim raya :D

Nama resepi ni ialah Biskut Sarang Semut. Mesti tahu kan? selalunya biskut ni memang ada lah. Kanak-kanak suka biskut ni sebab ada chocolate rice kat atas tu. Budak-budak mesti lah suka coklat kan? 

Jangan kata budak-budak, kita yang da dewasa ni pon kadang-kadang pantang nampak coklat, sedar-sedar dah masuk mulut. :D

Macam biasa, sediakan bahan-bahan di bawah ni okay?
  1. Buttercup - 250 gram
  2. Gula castor - 1/4 cawan
  3. Tepung penaik - 1 cawan
  4. Tepung gandum - 2 1/2 cawan
  5. Tepung jagung - 1/2 cawan
  6. Tepung kastard - 1 cawan
  7. Baking powder - 1/2 sudu teh
  8. Esen vanilla - 1 sudu
  9. Telur - 1 biji
  10. Chocolate rice - 1 botol
Okay cara nak buat follow step di bawah ni:-

  1. Campurkan buttercup 250 gram dengan 1/4 cawan gula castor
  2. Pukul campuran tu sampai agak kembang
  3. Masukkan pula telur i biji dan esen vanilla 1 sudu dan pukul lagi sampai kembang 
  4. Masukan pula semua tepung tadi termasuk baking powder dan pukul lagi sampai sebati. Tapi ingat, tinggalkan sikit tepung gandum untuk diguna pada akhir nanti
  5. Masa tepung tu dah sebati, rasa dengan tangan sama ada doh (tepung adunan sebati) tadi lembik atau tidak, kalau lembik tambah sikit demi sedikit tepung gandum dan gaul sampai doh itu sebati dan dalam keadaan TERBAIK. 
  6. tips: doh yang tak melekat ditangan apabila diuli ialah doh yang dalam keadaan TERBAIK
  7. Doh yang dah siap tu perlu disagat, boleh guna sagat timun je. Hati-hati supaya tak tertekan kuat sangat.
  8. Doh yang dah disagat tu masukkan dalam cup, lepas tu tabur sikit chocolate rice kat atas sebagai perasa dan hiasan.
  9. Boleh tabur benda lain ikut kreativiti ye :)
  10. SIAP dan sedia untuk dibakar dalam oven selama 10 minit atau lebih pada suhu 180 darjah celcius

Jom belajar biskut daisy pulak KLIK SINI 




Wednesday, March 16

Biskut Semperit | Resepi Biskut Raya

Biskut Semperit | Resepi Biskut Raya


Salam/hi, 

Biskut Semperit ni terkenal bila sampai musim raya. Rasanya dalam 10 rumah kita pergi beraya, 12 rumah mesti ada biskut ni :p ermm betul ke? Hehe.

Kuih ni sangat popular sampaikan bersepah-sepah orang jual di bazar walaupun bukan musim raya. Bila musim raya jangan cakap lah, lagi la banyak orang jual. 

Tapi banyak yang tak sedap kan bila beli kat tepi-tepi jalan. Kadang-kadang dapat yang keras, kadang-kadang dapat yang masuk angin. Mentang-mentang la jual murah RM10 dapat 3 bekas. HUHHHH... 

Jadi, nak sedap kena buat sendiri lah. Boleh buat ikut selera kita. Tapi ramai yang tak tahu resepi biskut raya ni kan? Okay hari ni saya share okay?

Mula-mula sediakan bahan macam dibawah ni:-
  1. Mentega atau butter - 1 cawan
  2. Gula halus yang dikisar -1 cawan
  3. Telur (Bahagian kuning sahaja) - 2 biji
  4. Tepung jagung atau castard - 2 cawan
  5. tepung gandum - 1 cawan
  6. tepung ubi - 1 cawan
  7. pewarna kuning - 2 sudu teh
  8. buah ceri - hiris kecil - kecil dalam bentuk dadu

Dah siap semua bahan-bahan tu? Okay jom mula masak. Mula-mula
  1. Putar gula dengan mentega sampai sebati
  2. Kemudian campurkan telur kuning 2 biji tu dengan pewarna 2 sudu
  3. Campurkan tepung jagung/castard dengan tepung gandum dan tepung ubi (1 jenis tepung 1 cawan)
  4. Ayak tepung tu sambil capur sikit demi sedikit sebatian gula, mentega, telur kuning, dan pewarna yang dah buat tadi tu
  5. Kalau campuran tepung (doh) tu masih lembik semacam, tambah lagi tepung jagung sikit demi sedikit
  6. Sapu dulang dengan butter (lapisan nipis je)
  7. Masukkan doh dalam acuan semperit tu dan picit je buat bentuk yang macam dalam gambar diatas tu
  8. Letak ceri atas semperit tu
  9. simpan doh tu dalam peti ais dalam 30 minit
  10. Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 150 darjah selsius
  11. Baru masukkan doh semperit tadi dalam oven dan bakar selama 30 minit sampai masak
Senang je kan? ape lagi cuba ye. Rugi tak buat